Taman Perpaduan
Berita Ringkas

HOME

Peta | Paparan Semasa | Berita Ringkas | Hal Ipoh | Nukilan Penduduk | Belia dan Sukan | Aktiviti Lalu | Aktiviti Mendatang | Iklaneka | Pemberitahuan

PASAR MALAM KEDUA MULA BEROPERASI
 
(01.04.02) Gabungan Penjaja Bergerak Daerah Kinta telah membuka sebuah lagi pasar malam di kawasan Taman Perpaduan pada setiap hari Sabtu di Jalan Perpaduan di dalam Taman Bercham Raya bermula pada 30 Mac 2002. Ini menjadikan kawasan Taman Perpaduan kini mempunyai dua pasar malam, iaitu setiap Sabtu di tempat tersebut dan setiap Selasa di dalam Taman Perpaduan.
 
 

JENTERA PILIHANRAYA PERLU DIHIDUPKAN
 
(28.10.01) Konvensyen Pemuda Barisan Nasional Parlimen Tambun Pertama yang diadakan pada 28 Oktober 2001 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Mutiara TNB Tg. Rambutan telah dirasmikan dengan jayanya oleh Ahli Parlimen Tambun, Dato' Hj. Husni Hanadzlah. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Tambun menggesa agar Pemuda menilai apa yang telah dilakukan oleh pembangkang dalam memenangi hati masyarakat.
 
Beliau menjelaskan juga bahawa pilihanraya tidak semestinya pada tahun 2004 dan kemungkinan lebih awal dari itu. Justeru, semua parti komponen yang keseluruhan mempunyai 176 cawangan di Parlimen Tambun diminta agar bersiap sedia untuk memenangi hati rakyat dengan fakta-fakta yang benar-benar ilmiah dan tidak ekstrim.

CUACA PANAS AKAN KEMBALI
 
(01.04.02) Hujan yang mencurah-curah kebelakangan ini adalah fenomena ciptaan Tuhan yang bersesuaian dengan kejadian equinoks, iaitu pergerakan matahari dari Himesfera Selatan ke Hemisfera Utara yang terjadi akibat dari perubahan kecondongan bumi. Penyejatan air dan pembentukan awan terjadi lebih aktif pada ketika ini dan cuaca panas dan kering akan kembali selepas proses ini selesai dalam langit Malaysia menjelang pertengahan April.
 
Equinoks akan terjadi sekali lagi apabila pergerakan matahari dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan pula berlaku pada pertengahan September hingga Pertengahan Oktober.

Lamanweb Diuruskan Oleh;
 
BERSETIA ENTERPRISE
Taman Perpaduan