Taman Perpaduan
Sudut Ilmu

HOME

Mukadimah | Peta | Isu Semasa | Hal Setempat | Hal Ipoh | Hal Negara | Hal Dunia | Hal Politik | Sukan | Aktiviti Lalu | Sudut Ilmu | Rencana

SAIZ KELUARGA ORANG MELAYU MEMPENGARUHI PENCAPAIAN

(24.06.02)Rakyat Malaysia sebagai rakyat sebuah negara yang matang dalam berpolitik, seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab dalam menghormati pandangan orang lain. Dalam hal ini, apabila diutarakan bahawa orang Melayu yang menjadi 55% dari keseluruhan penduduk Malaysia adalah lemah dari segi daya saing dan keupayaan untuk bangun tanpa perlu mentaliti subsidi, hakikat ini perlu dinilai secara serius dan tidak wajar untuk orang Melayu memikirkan mengapakah soal-soal sensitif seperti ini diutarakan.

Perlu diingat bahawa sejarah Malaysia yang berubah kira-kira 150 tahun yang lalu adalah sesuatu yang tidak lagi boleh diubah oleh orang Melayu kini atau di masa depan. Hakikat bahawa Melayu perlu bersaing telah wujud semenjak tempoh masa 150 tahun ini. Apabila dimalaysiakan kaum-kaum pendatang sebagai rakan daya saing kompetitif untuk menguatkan bangsa, kita seharusnya melihat ianya sebagai rahmat yang tersembunyi.

Hakikat ini boleh kita lihat apabila pencapaian kaum bukan Melayu telah mencapai 80% dari keseluruhan pencapaian rakyat Malaysia dan ini memungkinkan sumbangan mereka dalam membentuk Malaysia hari ini yang rata-rata rakyat Malaysia, penyokong kerajaan atau pembangkang, menghargainya serta menikmatinya sebaik mungkin.

Jika kita lihat kaum Cina yang telah mempunyai kekukuhan 40% daripada ekonomi Malaysia, kita tidak seharusnya menyalahkan takdir apabila pegangan orang Melayu bagi peratusan yang sama hanya 2%. Walaupun angka 19% disahkan sebagai pemilikan Melayu, amat memalukan jika dinyatakan di sini bahawa 17% dari nilai itu adalah pemilikan yang mempunyai kaitan langsung dengan kerajaan Malaysia.

Mujurlah, walaupun ada yang mempertikaikan subsidi kerajaan keatas orang Melayu, rata-rata orang Cina menyatakan dengan terbuka bahawa ianya adalah perlu bagi mempertingkatkan kekayaan orang Melayu. Bagi mereka yang mungkin telah ada pandangan dalam Malaysia yang mewah, peningkatan taraf hidup orang Melayu amat penting untuk menstabilkan kehidupan keseluruhan rakyat Malaysia. Ini boleh dikaitkan dengan kadar jenayah yang meningkat, masalah sosial yang parah dan keselamatan harta yang tak terjamin sekiranya kadar kemiskinan meningkat secara drastik.

Orang Melayu tidak boleh mengatakan bahawa mereka sebenarnya telah jauh lebih maju dari angka peratusan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Tahu atau tidak, mereka perlu menilai bagaimana cara untuk orang Cina menambahkan penguasaan mereka walaupun secara peratusan, ianya mungkin menurun setelah dikira pertambahan peratusan pegangan oleh pelabur asing. Dalam tempoh 20 tahun, bangsa Cina hanya menokok pertambahan bilangan mereka di dalam Malaysia sebanyak 45% dari angka 4.5 juta pada 1980 kepada angka 6.5 juta hari ini. Lain pula dengan pertambahan orang Melayu dalam tempoh 20 tahun di mana pada tahun 1980, jumlah penduduk Melayu adalah 7.5 juta berbanding angka 13 juta pada hari ini. Ini menunjukkan kadar pertambahan 86%.

Oleh sebab kadar kesuburan orang Melayu adalah tinggi, maka perlu juga bagi orang Melayu untuk berkerja cengan lebih keras, melebihi orang Cina yang mempunya tahap kesuburan yang rendah bagi membolehkan mereka mampu untuk meningkatkan pencapaian orang Melayu dalam mertokrasi sesama bangsa di Malaysia.

Ini juga bermaksud, jika malas bagi orang Melayu untuk berkerja keras bagi tujuan ini, atau dengan kata lain untuk terus mengekalkan pencapaian bangsa seperti hari ini, perlu dipertimbangkan saiz keluarga yang ada sekarang. Maknanya, untuk lebih kompetitif, orang Melayu seharusnya mempunyai saiz keluarga yang lebih kecil seperti yang diamalkan oleh semua masyarakat Cina hari ini.

KEDUDUKAN MALAYSIA DALAM JUMLAH
 PENDUDUK NEGARA-NEGARA DI DUNIA
38 Kenya 28,808,658
39 Peru 26,624,582
40 Afghanistan 25,824,882
41 Nepal 24,302,653
42 Uzbekistan 24,102,473
43 Venezuela 23,203,466
44 Uganda 22,804,973
45 Iraq 22,427,150
46 Romania 22,334,312
47 Taiwan 22,113,250
48 Saudi Arabia 21,504,613
49 Korea, North 21,386,109
50 Malaysia 21,376,066
51 Sri Lanka 19,144,875
52 Mozambique 19,124,335
53 Ghana 18,887,626
54 Australia 18,783,551
55 Syria 17,213,871
56 Yemen 16,942,230
57 Kazakhstan 16,824,825
58 Cote d'Ivoire 15,818,068
59 Netherlands 15,807,641
 

SENARAI NEGARA PALING BERHUTANG DI DUNIA
(US$)
1 Dunia $2,000,000.0
2 United States $862,000.0
3 Brazil $258,100.0
4 Canada $253,000.0
5 Russia $164,000.0
6 China $159,000.0
7 Australia $156,000.0
8 Korea, South $154,000.0
8 Mexico $154,000.0
9 Indonesia $136,000.0
10 Argentina $133,000.0
11 France $117,600.0
12 Turkey $93,400.0
13 India $93,000.0
14 Spain $90,000.0
14 Thailand $90,000.0
15 Sweden $66,500.0
16 New Zealand $53,200.0
17 Philippines $46,400.0
18 Italy $45,000.0
19 Denmark $44,000.0
20 Poland $42,000.0
21 Greece $40,800.0
22 Malaysia $39,800.0
23 Pakistan $34,000.0
24 Nigeria $32,000.0
25 Chile $31,500.0
26 Algeria $31,400.0
27 Finland $30,000.0
28 Egypt $28,000.0
29 Venezuela $26,500.0
30 Peru $25,700.0
31 Austria $24,330.0
32 South Africa $23,500.0
33 Belgium $22,300.0
34 Hungary $22,100.0
35 Syria $22,000.0
36 Iran $21,900.0
37 Czech Republic $21,600.0
38 Morocco $20,900.0
39 Sudan $20,300.0
40 Israel $18,700.0
41 Colombia $18,000.0
42 Cote d'Ivoire $16,800.0
43 Bangladesh $16,700.0
44 Congo, Democratic Republic of the $15,000.0
45 United Arab Emirates $14,000.0
46 Portugal $13,100.0
47 Angola $13,000.0
48 Ecuador $12,500.0
49 Tunisia $12,100.0
50 Korea, North $12,000.0
51 Montenegro $11,200.0
52 Serbia $11,200.0
53 Ireland $11,000.0
53 Qatar $11,000.0
54 Ukraine $10,900.0
55 Slovakia $10,700.0
56 Cuba $10,100.0
57 Ethiopia $10,000.0
57 Romania $10,000.0

Diuruskan Oleh
logo.jpg
BERSETIA ENTERPRISE
Taman Perpaduan